Friday, December 2, 2011

Jalan-jalan lagi

Assalamualaikum semua. Kali ni anak-anak dibawa ke pulau di utara.Bagi meleraikan jiwa yang gundah c Anis...

Sunday, November 20, 2011

Ceria semula...

Assalamualaikum semua... Selepas 2 hari kelihatan Anis semakin ceria kembali selepas result UPSR. Alhamdulillah. Semuanya dari Allah. Kami merancang untuk membawanya ke Utara dengan harapan dia dapat bergembira dan melupakan saat kesedihannya. Agak sedih juga kerana dia menamatkan zaman persekolahan rendah dengan kesedihan akibat UPSR..
Semuga Anis akan menempa kejayaan di lain masa...PMR will show your talent my dear..

Thursday, November 17, 2011

UpSr


Assalamualaikum. Sudah lama tidak berentry dek kerana kesibukkan tugas yang lain.Hari ini keputusan UPSR 2011 diumumkan. Semua murid bergembiran dengan kejayaan 5A yang dicapai. Tahniah!!!!!
Namun senyuman anak gadisku hilang seketika di sebelah pagi ketika pengumuman itu...Kelihatan dia menangis kesedihan dek kerana 1B...Aku segera memeluknya..dan kami pun menangis bersama. Aku cuba menenangkannya agar redha dengan keputusan ini. Walaupun cuba disorokkan semula kesedihan itu...ianya tetap menghampiri tatkala rakannya memberikan kata-kata semangat .Terima kasih utk Azizah, Adlina dan rakan-rakannya yang lain. Insyallah kejayaan itu akan datang semula pada masa akan datang anak ku...Ini baru permulaan...Banyak lagi yang harus ditempuhi..

Sebenonya mama n papa pun terkilan...yerla kan...trial x de dpt mcm tu...tetiba final dpt mcm tu...So the moral of d story is..."muhasabah diri "..Ini ujian bagi kami dan kami terima ianya sebagai peringatan..

Tuesday, September 6, 2011

Origami-Dompet kertas.

Tajuk minggu ini ialah origami. So ana pilih dompet kertas.Masalahnya ana dah lupa nak buat dompet ni. Maklumlah dah tua-tua ni...semua ilmu dah mula menghilang...Nasib baik BunSa telah menolong ana.
Disini anak masukkan gambar bagi setiap langkah.Jika rakan-rakan mahu melihat BunSa sendiri, sila ke http://saynyadia.blogspot.com/2009/11/origami-membuat-dompet.html

Terima kasih Bunsa.

Thursday, August 18, 2011

Monday, August 1, 2011

Kiddos









Selamat Berpuasa dan Mengejar Pahala Berganda.

1 Ogos 2011 jatuhnya tarikh untuk 1 Ramadhan ........(x ingat la pulak tahun hijrahnya). Sekali dalam setahun. Marilah kita grab kelebihan Ramadhan. Bulan yang mejadi kesuukaan umat islam ....

Sekian.

Monday, February 28, 2011

Afsuzrin Homestay

Afsuzrin Homestay.
Alamat : 38, TU 30 Taman Tasik Utama, Ayer Keroh , Melaka.
Sila Hubungi : En Husny - 0176208633/062321197
Ceq Pah - 0137313713
Kadar Sewa : RM180.00(Diskaun diberi jika lebih dari 2 mlm)
Kemudahan : a) Rumah Teres 3 bilik
b) Kipas untuk ruangan utama termasuk ruang dapur.
c) Pendingin hawa untuk 2 bilik besar.
d) Senang cakap semua ada. Kena bawa barang peribadi saja.
e) Dapur dilengkapi dengan singel stove, mesin basuh, peti sejuk n
ruangan memasak.(Perkakasan memasak kena bawa sendiri)
f) Terdapat ruang menyidai pakaian.
- 10 minit dari tol Ayer Keroh, Wonderland Melaka, Zoo, Taman Buaya, Hutam reakreasi
dan sebagainya.
- Berminat boleh hubungi nombor di atas.










Laluan 2011









Salam sejahtera untuk semua.Lama sudah rumah ini ditinggalkan dek kerana kebizian yg x seberapa sebenarnya. Ada masa...tapi digunakan untuk sesuatu yang lebih bermakna. Melangkau tahun 2011 adalah penambahan segalanya. Anak-anak bertambah umurnya.Begitu juga kelakunya.
2011 juga merupakan ana menjadi pelajar semula setelah sekian lama meninggalkan gelaran itu. Bertambahla t/jawab ana sebagai insan di muka bumi Allah yang Maha Kaya.Semoga aku dibekalkan dengan ketabahan dan keyakinan.Insyallah.