Saturday, November 24, 2012

Kelahiran

 Gambar ini boleh dilihat dlm laman facebook. Saya teringat akan kisah kelahiran yang pernah diceritakan oleh ibu kepada saya lebih 39 tahun yg dulu. Bezanya selaput itu hanya terdapat pada kepala saya. Sungguh ajaib bagaimana ia berlaku. Semuanya adalah kehendal Allah. Ada tujuannya Dia memperlihatkan kelahiran bayi seperti kehendakNya itu.

Thursday, August 23, 2012

Raya lagi

Kali ini giliran ke selatan pula. Perancangan awal, kami akan pulang berhari raya di kedua2 keluarga.Memandangkan MIL akan mengadakan kenduri persandingan Mak Su pd minggu yg kedua, so kami sume akan pulang pada masa tersebut ke Utara. Kami sekeluarga mengambil peluang berhariraya di Kota Tinggi dan pulang ke Batu Pahat. Macam biasala, bila hari raya selain makan2 mesti ade adegan posing2 tunjuk baju ghayee...





Sempat juga kami sekeluarga menziarahi Wak Jumali yang kesorangan. Wajahnya menampakkan kesunyiann yg dialami sejak isterinya meninggal dunia.



Macam biasala, minta maap dpd mak n abah. Cayala mak n abah, pakai tema kelabu.


Ini Pak Uda. Petang karang dorang nak gerak pulang ke Tanah Merah pulak. Sambung raya d sana till Ahad.


Inilah keluarga besar kami. Cik Hidir (cameraman) n Pak Long xder lam gambo ni..


 Pandai bdk2 ni posing. Ini kat rmh Wak Bugel. Memang setiap tahun jadi acara tradisi keluarga menziarahi mereka.





 Nah...amik ko..Masa i nak buka cover botol tu tetiba air pancut merah keluar...Habis baju raya i tau...









Anak n emak dok sebelah amik gambo..rupa kami x sama. Mirip sebelah Tok Wan..







Sunday, June 24, 2012

Bluberry Cheese Tart






Rasanya ini baru kali ke 3 sy mencuba membuat ciz tart. Nampak ada improvment. Nampaknya bolela buat utk rya tahun ni. Terima kasih kepada Jay Julia Ephrya n Kak Maznah. Mula2 buat x cukup filling. Second buat kecut or sng nak ckp bantat filling tu. Maybe api kuat sgt. So kali ke 3 cuba kawal kepanasan n masa membaking. Alhamdulillah jadi la gak berbanding sebelum ni...Sekarang ni sy tgh fikir mcmna org yag selalu wat, shell dia nampak cantik. Sy cuba wat ikut acuan, bila dah baking surut plak shell tu. Bila wat terlebih x cantik lak...X pe la kan. Bila selalu buat mybe makin tahu nak wat. Terima kasih pd anak2 yg sanggup tulun mama wat kuih kegemaran mereka hingga kul 12 tghmlm...Especially kakak n adik...Abang tulun makan n jadi juri hakim...Heheheh..

Saya search resepi2 cheese tart ni dr byk resepi internet. Nak dijadikan cerita, msa beli bahan2 kuih ni, suruh abang ambil 2 whipping cream yg lam kotak, dia main ambil sb warna cover sma. Rupanya 1 je whipping cream, yg lg satu cooking cream. Alahai bujang sy ni....Mlm2 nak cari whipping kat mna. So buat je la gna 1 whipping cream. Jadi juga filling tu. Lebih lagi...so suruh kakak wat tiramishu kraker...X tau la ape jadi bila duk lam oven sb sy baked supaya filling tu keras skit...So pagi br masuk lam esbok..
Buat lebih skit kali ni. nanti nak balik Johor bulan depan nak buat lagi utk adik2 n anak2 angkat mama Qiss, nana n pepan. Mesti mereka suka sb kuih ni mmg kegemaran kanak2. Kita yg dah dewasa nih, setakat ambil rasa. Kena jaga kesihatan sb kuih ni dah la makan byk luit, dah tu sangat la byk penyakit if terlebih mkn. .So makan utk rasa ..

Tuesday, June 5, 2012

Homestay

Harini sy habiskan masa mengemas rumah tumpangan di Tasik Utama. Sampai sahaja, tong sampah besar dah ada d luar. Siapa yang letak????? Customer??? X mungkin. Masuk ke dalam lihat kunci x de d tempat yang sepatutnya. Semua bilik2 dikemas dengan rapi . Bila masuk ke dapur je....Hadoiiiiiii...Mereka ni masak nak kenduri gaknya...habis lantai2 ...Puan2 yg membaca mesti maklum apa yg jadi dgn lantai dapur..Nak jalan melekit sana sini. Atas dapur, meja , kabinet sumer kotor. Mula2 sekali basuh sume lap kaki. Lepas tu sy mula menyapu dan mengemop lantai hingga selesai. Macam biasa sambil2 megemas, sy mencuci sndri cadar2 n selimut. Sambil2 tu, ber fb, berblog dan hajat hati nak buka buku..Nak buat blog baru. Dah rasa macam nak menulis cerpen pendek. Apa tajuk yang sesuai untuk cerpen sy ...Saya nak menulis lebih kepada ilmu dan islam supaya mendekatkan diri saya kepadaNya..

Majlis sambut menantu

Cuti-cuti sekolah ni ramai yang rancang nak p makan angin wit family. Cuti ni sy dan anak2 ke selatan sambil balik rmh mak n abah. Bagai keramaian satu kampung. Di mana-mana ada majlis terima menantu . Hinggakan jalan sesak. Kat kg...almaklum, jalan bukan besar sangat. Kalau dah paking kiri kanan, bila keta selisih dgn keta jadi aper yee...Mesti x leh la nak lalu. Nasib baik sy n suami ambil keputusan naik motosikal Pak Long. So kami sampai awal. Quite hot gak la...Mna taknyee...g mkn kenduri kul 1 ptg. Muka sy ni byk berubah jika dibandingkan jaman sekolah dulu. Ada yang dah x perasan dengan TIPAH...Hehehehe...x per..Saya tetap menyapa dengan ramah w/pun lambat mereka nak recognise muka sy sekarang nih...Tapi ramai gak mokcik2 yg kenal...Habis memberikan sampul dibeberap rmh, kami bergegas untuk ke destinasi seterusnya.

Wednesday, May 30, 2012

Murid tua dan pendidik

Sejak menjadi murid tua ni, banyak esemen perlu dilunaskan berbanding 2 tahun lepas. Sy terpaksa membahagikan masa antara tuga sebagai pendidik, isteri, ibu dan murid tua...hahahaha...Cuti ni kepala lagi serabut dengan insiden baru-baru . Minggu hadapan kena berjuang untuk menilai keberkesanan sy sebagai murid tua. Dalam masa cuti ni sy perlu study, siapkan PBS 1 2012, minit mesyuarat, keyin data ke dlm SPPBS yang membuat mata mengantuk dek lama nouu menunggu n print semua data2 yg perlu dimasukkan ke dlm fail2 spt fail PBS, fail prestasi dan kemaskini fail2 yg ada. Alhamdullillah , harini sempat siapkan prestasi , minit, memo dan print semua maklumat dan masukkan ke dlm fail. Semua yg ada ni kena siapkan harini sb esok nak betul2 cuti la.. Kononnya jee...Kepala asik tingat pd exam. Dah janji pada mak, esok kita jumpa yer...

Tuesday, May 29, 2012

Jangan tinggalkan ape sahaja beg atau barang berharga

Cuti sekolah bermula lagi. Beberapa plan dah dibuat sepanjang cuti ni. Banyak aktiviti terutamanya bab nak jenjalan la., nak jahit baju, sketinggg ank2 angkat, nak itu...nak ini...Yang paling famous cuti2 ni ialah musim mengawan...oppsssss.....Musim menikahkan anak2...adik2...dsbnya. Malang sememangnya tak berbau. Nak jaga hati anak angkat la kononnya. Pada sabtu yang lepas, sy n family ke Ayer Keroh height....Memang keroh la bdk2 kat situ..Nak tau...Punyala lalai sy ni, tinggalkan harta menda lam keta...Balik je ke kereta...alamak!!! pecahhh cemin keta sblh kiri...tgok2 harta benda dah x derr...Dlm tu mcm2 ade.  Nak buat cmna lagikk benda dah jadi...So g balai polis buat repot la...Byk la kerugian sy. Tapi sy dah redha dgn kejadian. Ini rezeki yg diperuntukkan kepada bdk nakal. Semoga rezeki ini akan membuat mereka menjadi insan yang baik satu hari nanti.
Maka hari senayan dan selasa merupakan hari membuat balik sebahagian dokumen2 yg telah hilang. Penat gak sb terpaksa menunggu berjam2 di pejabat pendaftaran, bank2, tabung haji dsbnya. Oleh itu inilah satu peringatan dari  Allah kepada sy n family supaya sentiasa berhati2 w/pun berada didalam air yg tenang. Org yg senyum x semestinya baik...Saya ingat lagi rupa mereka. tapi kalau sy suruh polis selesaikan kes ni, buka sy dpt balik harta2 sy yg hilang tu, tapi akan menganggu persekolahan mereka. Banyak tindakan yg terpaksa dikenakan kepada mereka. Ibu bapa mereka akan malu dgn kwsn kejiranan dan "bdk2 jahat"  tu pun akan malu...

Sunday, February 19, 2012

My Courses

Semester ni saya perlu menyiapkan diri dengan pengetahuan baru. Perlu mencari bahan-bahan berkaitan. Doakan agar segalanya dipermudahkan. Amin.
1 KAE3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak
3
2 KBK3053 Ko-kurikulum dan Rekreasi
3
3 KBK3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas MELAKA02 3
4 KBK3083 Dasar dan Pengurusan Pendidikan Khas
3
5 KRB3033 Pengantar Bahasa Melayu
Assalamualaikum semua kawan2 blogger. Dah lama sibuk sejak kena wat blog assignment UPSI. Mulai esok bermulalah status active setelah hampir sebulan berhibernasi . Inilah masa2 yg akan membuatkan saya x sempat nak menjengah blog sendiri tapi sempat lagi menjengah 'muka buku' yang menjadi medan berhubung dgn rakan2 UPSI yang lain. Rasanya tahun ni mcm kelamkabut disebabkan si bujang dah stay dengan kami semula. Banyak reason yg membuatkan dia kembali semula ke rumah. Lagi senang nak monitor "alahan" yang dihidapi.
Ditambah pula dengan si adik yang kembali bersekolah agama di Ayer Keroh. Tugas menghantar anak ke sekolah menengah diserahkan kepada  c ayah memandangkan hala perjalanan yg sama. So hanya sorang lagi yang menjadi "baby" di Sk Ayer Keroh.
SPPBS terpaksa dilakukan dengan relanya. Banyak benda yang perlu dibuat memandangkan saya ditugaskan sebagai guru kelas Tahun 1. Dah malas nak wat semua ni....Tapi perlu diterima kerana inilah kerjaku. Saya terima sebagai tanggungjawab dan pengalaman walaupun fobia dengan tahun 1 sebenonya. Minggu pertama dah dpt komplain. Hehehehehe....Mr Bobby kata " biasalah tu..." .
Lepas ni saya kenalah lebih penyayang sebab bulan Mac ni akan dilancarkan konsep guru penyayang. Selama nipun kita dah penyayang...Kalau tak penyayang, dah lama kita biarkan budak2 kat sekolah. Ibubapa serah ke sekolah. Guru serah ke ibubapa...Banyak perkara yang diserahkan kepada golongan guru sebenarnya. ...