Sunday, July 6, 2014

sakit jantung dan Ramadhan 2014

Assalamualaikum .

2 hari lagi , Husny Hussain akan menjalani pembedahan jantung di IJN. 2 salur darah utama telah tersumbat dan sebahagian salur darah kecil dibahagian jantung juga telah tersumbat. Doktor telah menasihatinya agar membuat bypass dengan segera memandangkan kondisi jantungnya yang kritikal. Namanya sakit jantung, tapi orangnya steady saja. Dia mendapat serangan jantung di pejabat selepas sembahyang Jumaat dan sempat dibawa ke hospital oleh Mr Kharizi. Alhamdulillah kerana dia masih bernafas sehingga sekarang.

Tanda-tanda awal seperti kebas-kebas tangan kiri dan mudah penat atau mengah walaupun selepas makan telah dialami 3 bulan sebelum dia mendapat serangan jantung. Tetapi kami berdua buta tentang simtoms tersebut menyebabkan pemeriksaan awal tidak dilakukan. Oleh itu sesiapa yang ada tanda2 awal macam tu, better g jumpa pak doter.

So as isteri dia, kena la p tunggu di IJN semasa pembedahan 11 Julai ni. Terpaksa la ambil cuti yang tak seberapa bilangannya. Alhamdulillah Big Boss memahami keadaan ni. Dengan mudah kebenaran diberi. Terus terang aku nak amik coti tambahan iaitu MC yang tengah dipikirkan di mana akan ku cari nanti. Walaupun nampak macam mudah , serabut kepala memandangkan terpaksa meninggalkan anak-anak di Melaka dalam keadaan yang kecik nak trial UPSR 15 Julai, kakak nak kena submit folio...Kesian anak-anak. Tetapi kesian juga bapak budak. Mana perlu didulukan????? Konpius...Semoga pengorbanan aku akan diberikan hikmah dariNya.

Kena fikir pulak siapa yang nak monitor anak-anak di rumah. Nasib baik Ani n Ummi sanggup ke Melaka walaupun mereka juga mempunyai komitmen masing-masing. Terima kasih adik-adik yang memahami. Sedih dan bersyukur sangat....sebab mereka kerap membantu aku dalam keadaan darurat..