Tuesday, August 31, 2010

Laksa Utara


Makanan ni mmg kesukaan org utara. tapi kini ape jua makan, kita akan jumpa di kebanyakkan bazar2 pada Ramadhan. Dan makanan ini juga sudah menjadi kesukaan seluruh masyarakat di Malaysia. Tetapi ada juga yang masih tak reti memakannya. Tu yang seronok pada bulan ramadhan. Cuma ianya x sama if kita buat sndri. Sebab renyah...malas nak membuatnya kalau cuma sorang je yang nak makan. Beli je la cara yang paling jimat.

Dulu abang x suka makan laksa ni. Entah macam mana, dia bole pulak menjadikannya makan kesukaan dia sehingga sekarang. Tapi masih lagi laksa kosong. Laksa n kuah sahaja. lagi senang nak buat. tapi mama tetap malas juga. Sebab abang sorang je yg suka makan. Pagi tadi mintak cukai laksa. Papa dah x nak bagi "denggi" sb result test 1 abang x bagus. So banyak dah kena "cut" Termasuk duit belanja. Jadi mama kena cari kat bazar . Yang di bazar semua dah ada sayur rampai. beli juga la. Nanti pandai2 abang asingkan. 

Bila anak cal nak makan itu,ini...sayu pulak. Kat teress x de sume menda tu. Nak dtg hari2 pun mana boleh. Ada kami kena halau dgn Pak Gad...Tegas tul HEP kat situ. Nak mengintai pun x leh. layan je lah.


Sunday, August 8, 2010

Aturcara wajib hujung minggu




Sejak dapat transfer lagi dekat, rutin kami di hujung minggu ialah membuat lawatan sosial ke sana. Kalau dulu kena tunggu Tok wan call utk bercakap dengannya, sekarang kami dapat bertentang mata. Dia lebih suka di sana dari di sini. X ape lah. Janji mama n papa senang nak g jengah n tanya masalah yg berlaku. Haru gak tempat baru ni. Kecoh dibuatnya. Nasib baik kami cepat amik tindakan...kalau x dah tentu nasib junior akan terus begitu. Bak kata homerome.."dah jadi tradisi"..Boleh ke di terima kata-kata tu. Apa pun masalah tu dah terkawal buat masa ni. Alhamdulillah...

Sejak kebelakangan ni seleranya da menurun. Berat badannya pun dah x macam dulu lagi. Perut yang buncit dah x de....dah nampak lagi kecil.Ramai yang suka dengan saiznya.Macam-macam gelaran dia dapat.Janji sihat anakku. Yang penting ramai yang suka. Dia pun suka. Tapi yang x berubah cara dia bercakap. Suka meninggi suara. Orang yang x kenal, mesti akan berpendapat dia suka marah. Tapi Helmi dah tahu...nada asraff memang camtu...lagi kalau ade menda yang x berkenan dimatanya...tapi semalam ana dah jumpa roomate dia. Bagitau tentang sikap anak sulung ana ni. Agar mereka x salah faham macam sorang anak kawan ana tu.

Baru-baru ni kunci loker hilang.Cemekap betul la abang ni. Bila dah belikan yang baru, dia bagitau dah jumpa pulak yg lama. Last week antar baju, tapi still dlm beg. Tak reti2nak susun dalam loker. Apalah nak jadi. Ikutkan hati nak naik bilik dia. Tapi kena lah akur. Mana boleh macam tu. Entah dah berapa kaki setokin hilang. Semua dah x de pair. Macam tu la tera nak pandai urus diri sendiri.

Tapi yang anak suka dia ni satu...tetap nak suruh ana suap dia makan. X reti malu. Selamba je dia..Rabu ni kena g tengok dia. Sambut awal puasa. Tapi x leh nak bersama berbuka. Sedihhhhh. Kena tunggu pulang bermalam.



Thursday, August 5, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Salam untuk rakan-rakan yang sudi singgah d sini. Selamat menyambut ketibaan ramadhan yang bakal kita lalui tidak beberapa hari lagi. Semoga ibadah kita diberkati n dapat menyempurnakannya dengan selesa. Insyallah...