Saturday, August 15, 2009

Alamat jiran da hilang.

Salam kengkawan. sory la.alamat rumah kome da hilang.tu la nak amik periksa x study betoi22.
Susah la nak g rumah kome. Meh email ana yer.

Tuesday, August 11, 2009

Ambil peluang

Seperti yg dirancang kami balik ke kedah pada ari kamis tu. Sepatutnya kami semua berkuarantin kat rumah je...Tapi ape nak buat, papa ajak gak balik rumah wan. So sampai malam sebab kami singgah sana sinun.saje nak sampai lambat2.wa5......Tapi x de ape yg important sgt.mlm tu mak teh baru nak kemas rmh. rumah mcm kapal karam. lagila tmbh penat.tapi biasala, kita kena la ringan mulut menanya...ape yg bole ditolong....nasib baik x yah tolong.lepas mandi, sembang jap n beradu. Bahagia masa tu..

Esoknya bermula la episod yang memenatkan. Amik kowwwww......tapi sempat gak g tanjung dawai menyambar sotong n ikan kering idaman. malam da x leh nak tido...tangan kiri ana mcm kena cucuk dgn jarum.Sakit........tu la...sape suruh keja kuat sgt.padan muka. nak buat mcmna. xkan nak mls2 kat rumah mentua. itu x leh, ini x leh buat. ana x leh angkat menda berat. trlupa msa bab angkat2 nih...main angkat ape yg dirasa menyemak.yo le, ana n papa kemas rmh atas.kat atas tu mcm setauh x prnah berjengah.habuk sejengkal. kusyen tah bila pnya taun pun berlonggok kat satu sudut. semak mata aku....x de la ana buang yg tu. reta karun.kang ana buang kena setalam umpatan.so kami simpan dlm bilik.dah mcm stor.

Tibalah hari kenduri...Ana kena bwa mak teh ber makeup.G mekap dgn mak ya..(bapuk) Lawa...da mcm patung mak teh. Balik je smbung kja2 kat dapo.pas tu bru melaram.sb nak anto mak teh g masjid utk dinikahkan. Masa pengantin lelaki nak kena baca lafaz taklik, kami sumer trsenyum. Abah lak geleng2 kpla.sb pegantin x reti baca jawi. so ikutla pak imam tu baca. Ade gak yer...
Tapi byk menda kalut la msa hari kenduri tu.Macam2. Mungkin persiapan x rapi or menda ni dibuat tergesa2.
So da abis majlis tibala masa mencuci segala yg ade.biasa la tu.mana2 pun sama.





kami bertolak ke melaka pada hari ahad. Turun kat bidor beli jambu x de biji tu. Saje ikut bwh smpy tanjung malim sebab nak singgah sungai bil. Kampung Mazidul Akmal( wartawan TV3). Bwa anak2 mandi2. Sb mrk da bosan dgn masa travel yg pjg.




Dah bagi mrk main air puas2, kami pun smbung prjlanan. Sampai rmh malam. Masukkan brg2 n trus mndi. Jumpa lak tempat beradu yg mmg bes. Apa lagi....lena terus.
Bulan depan kami akan ke mari lagi atas permintaa anak2. Sb next month, kan mak n abah akan buat mjlis besar utk mak teh pada raya ke 5. Kali ni majlis grand, penat pun grand.

Monday, August 10, 2009

H1N1

Wabak ini semakin menular dikalangan rakyat malaysia. Sk ana ditutup gara2 H1N1. Tapi bukan sebab ade yang da disahkan. Ini kerana ramai sgt pupils yang deman. Sampai menjangkau angka 200 sehari yg x hadir ke sekolah. So ari 11 ogos baru keja semula.Apa pun langkah2 utk memastikan kesihatan harus diambil kira kerana virus H1N1 ni strong.Ini lah peringatan Allah kepada kita semua. Kalau kita sedar diri, kita tau.Tapi kalau x sedo gak...nauzubillah.....
Dulu hiv or aids.lps tu JE, bird flu(ade lagi smpay la...cuma media da x nak jadikan satu isu sensasi). Sekarang ni lagi sensasi...H1N1.

Thursday, July 30, 2009

Ber4

Hari ni kami berempat semula.Kami ditinggalkan.Nasib baik x lame. Papa g keja KL. Negara kita ni nmpak je aman.tapi macam2 menda nak kena jaga. Skit2 isu panas.Ape yang panas pun x tau. Papa n the geng kena g KL utk 4 or 5 ari je. Papa selalu keja weekend. skrg ni, weekend da x bule suka2 nak g jalan2. So kalau nak balik kg pun, kami ber4 je.Nak g shoping pun ber4 je.g sekolah pun ber4 gak. So da macam 5 years ago. Kami ber4 je yang together. Selalu sepupu-sepapat tanya.." mana laki kow "...saje jawab...."aku kan ibu tunggal"...Gelak sume..
Next week adik ipar ana nak nikah. So mak da suh balik awal. Ape nak awal, ana keja. Sape suruh buat kenduri luar cuti sekolah???? Da habaq, kalau nak suh balik awai, buat masa ana cuti...Denga mak cerita tang adik tu, peninggggg. Nak kawin, nyusahkan mak n abah yg da tua.Bukan mak n abah je...kami sume...Pas tu lps raya nak kenduri lg. Pengsan la mak .Kalau papa x dpt cuti, ana x nak balik ber4.tunggu sampai papa dpt cuti. Bukan senang keja mcm papa nak cuti. Nak cuti pun kena +,-, x , bahagi dengan geng2 dia. Macam ana senang nak cuti.Tapi tunggu la cuti sekolah..cikgu kannnnnnnnn.

Friday, July 24, 2009

Sampai masa

Rejab telahpun meninggalkan kita semua. Kini Syaaban kembali semula n selepas ini kita semua akan memeriahkan suasana Ramadhan dengan pelbagai xtvt untuk mengandakan pahala. N bermulala dalam fikiran mak-mak, nak buka ape yer/ nak sahur ape yer.
If x de anak, senang je.B4 titon tu kita da minum air or bgun kul 5 minum oat je. Bila fmly besa, nak kena menu lengkap. penat kan. Kalau ikut Rasullah, sahur dengan segelas susu n 2 biji korma.Senangkan. Org kita je suka makan mcm2.Apa pun kita kan rakyat malaysia. La ni 1 Malaysia...

Saturday, July 18, 2009

Untuk renungan semua wanita.. dan lelaki juga...

Rasulullah S.A.W bersabda:

Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan.
Lalu Rasulullah bersabda:"Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1) Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2) Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, suamadalah kerana diam suka menyakiti hati inya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya." Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah meliha kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

3) Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

4) Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

5) Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.

6) Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan mermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7) Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kala kengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.

8) Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9) Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

10) Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.

Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihatoleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk danMikraj.

Thursday, July 16, 2009

Takziah untuk Anna Suri

Pagi tadi semua warga sekolah di khabarkan dengan satu berita sedih mengenai kematian seorang murid yang juga merupakan anak kpd salah seorang rakan ana. Kematian yang berlaku dalam tempoh yang tidak lama dari arwah sakit. Ana n warga guru merasa sangat sedih dengan berita ini.Marilah kita semua membaca Al Fatihah ...
Arwah meninggal kerana appendix. Ianya telah pecah sebelum dapat dikesan. Bagaimanapun arwah meninggal beberapa jam selepas pembedahan. Sangat kasihan kepada ibunya.Kini Anna Suri mesti sgt22 sedih kan..mestilah.
Ana termenung seketika mengenangkan situasi pagi tadi..Yo le...ramai menitiskan air mata bila mendengar berita ni. Ana x leh tgok org nangis.kena jauhkan diri.nanti nangis. Tapi menitis gak airmata ni sebab ingatkan Anna Suri yang lagi sedih yang teramat.Kita mesti teringatkan anak2 kan.