Wednesday, June 24, 2009

B or b

Di sebut sama bunyi.Tapi ditulis lain paten.maksud sama???????? Ana pon confuse.Ada masa ok, n x ok.Bila x ok, mula la piki macam-macam...tapi bila say hai, ok lak....
Ala....mak pk okokokok je........Abis citer kan.fuhhhhhhhh
Ni yang x syok bila tinggi rendah...Lain bentuk.

Thursday, June 4, 2009

Mazmummah

Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah di dalam hati.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:-
a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d)Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam bissawab.

Monday, June 1, 2009

papa ajak pindah

Jumaat lepas, husband ana mmberitahu satu prkhabaran yang rasanya ana x suka nak dengar n akan rasa serba salah. Nak ikutkan hati, kasihan lak kat dia..nanti x de siapa nak jaga makan minumnya. Ya la dia da duk keseorangan 2 tahun sudah.Urus sendiri semuanya. Selalu sakit.Macam2 sakit. Ana pun kena gak pikirkan hidup ana.How about my job???? Asik x naik gaji jee....Tahla....Jap kata hati suruh ikut, jap kata x yah...Tapi sebenonya nak...sebab nak tengok tempat orang. Tapi bila fikirkan hari ini dalam sejarah...takut berulang semula...Rasa benci!!! Benci dengan pengalaman. So rasa serba salah. Kalau x ikut pun x pe...Tapi ana kena urus semuanya sendiri.Tu yang da x gemo..Dah muak sebab sume nak kena urus sendiri.

Kata orang jauh perjalanan banyak pengalaman. Memang ada benarnya..Tapi kalau kita think positive, apa pun dapat diharungi. Sebenarnya ana takut nak g...Macam mana nak buang perasaan nih. Macam da kureng keyakinan diri lak bila pk bab ni.Kalau bab keja ana..ok jee.Yo le...da keja kita kan.
Tapi ana pun x sangka yang husband ni dapat offer macam tu.Yang peliknya..dulu dia kata mati hidup semula, cukupla sekali.Memang pun hidup sekali, mati pun sekali. Agaknya mungkin ini rezeki dariNya.Alhamdulillah.

Tuesday, May 26, 2009

Jalan dengan papa


Dah lama mereka tidak meluangkan masa dengan papa mereka. Bila ada masa sudah semestinya mereka akan menunggu aktiviti dari papa untuk mereka.Tapi yang pastinya mereka selalu main game.menyampah ana...dah x larat..x larat nak membebel..
Untuk tidak membuang masa, sometime papa akan bawa mereka main mancing-mancing.P la mana-mana tempat yang ade sungai,tasik or parit.Janji mereka dapat gunakan joran tu, mereka akan suka walaupun x dapat ikan.Tu yang main mancing-mancing.
Anak2 teringin nak p muzium.Asraf la yang paling excited.Ana malas.Tapi ikut ajala...X kan nak jaga rumah jee.So 2 last week, kami g muzium.Bagus gak g muzium ni...Dapat ilmu.Tu yang ana suka.Macam-macam ade.Ade gak yang kita bole explore drpd buku2 je...Sama gak.Cuma kat situ, kita nampak yang real.Ana x baca pun fakta2 dalam tu.Ana memang malas membaca.Ana suka baca menda yang ana minat jee...

Monday, May 25, 2009

Teacher day

Da seminggu kita mengingati guru-guru kita.tang paling ana ingat smpy skrg ialah cikgu sazali.mcm dlm citer p ramlee.Dia la yang menjadikan ana terror sifir.N Cikgu Ishak yg menjadikan ana dpd seorg yg ngok mathematics kepada pandai subjek ni.Tq teachers.
So ana pun ikut jejak mereka. Jadi cikgu ilmu hisab. Bukannya senang skrg nak ngajr ank org.Kalau dulu cikgu suka denda kita.Rotan, suh naik ats kerusi, skrg no more.Ape pun x bole. Ajar jee. Kalau terang hati anak didik kita tu, maka senang la kita mengjr. If not, bagai nak gila ajr mereka ni...Semua teknik d guna. Biasala...anak2 kita ni bukan semuanya sama....x semestinya anak kita akan pandai mcm kita sb masa mereka akan tiba nanti.Masa itulah akan terukir senyuman bangga di wajah ibu2 n bapa2.Apa yang penting kita mestilah sentiasa ikhlas..







p/s: cik aya jgn trprnjat sb ana ciplak gambo2 tu...


Gambo2 ni ana amik dr kwn pnya blog. mesti dia geram dengan aku...Ampun kak aya!!!!!!!!!!

Saturday, May 23, 2009

P tengok rumah

Dah lama gak walaupun lum sebulan ana x p tgok rumah.Sejak2 anak2 ada exam.Nanti mrk complain bila mama asik duk depan pc jek.So masa masuk rumah tadi sempat la singgah rumah kawan2 yg gemar mengupdate. Kita sume ni kalau banyak bahan, jadi rajin la nak ngadap.Tapi kalau x de bahan..mcm ana ni lah.Apa pun kena jengah jap sb takut bnda lain yg masuk.keh3.
Apa pun sume kena ade mood.
Malam tadi antr acap g tusyen.On the way balik, termasuk jalan jem....lupa bwk roti..hahahahaha...Berderet2 lori bwk tar..nak turap jalan...So masa ambik nnti harap2 dah x jem la....ooooo jem lagi rupanya.So nak smpy awal rumah ni sb mate da ngatuk...balik ikut Sg Putat. Lepas traffic light jee..kenderaan sume da slow....Ala....jem gak...Rupanya ade "road block". lepas dr tu, ana pecut la....Smpy satu selekoh je, da nak smpy poliklinik a.keroh ...kena tahan...alah.....sekatan jalan lagi....siap suluh22 dlm keta.Da la ana pakai baju kelawa jee...malam kan..nak suluh takut2 ana bwk indon kot.....Mak da x nak bibik...nyusahkan jeee...Nasib baik lepas....Tapi x pe...suma idup lagi.lesen 2011 baru expired,roadtax biasala...setaun je..tapi lmbt lagi...
Smpy rmh je sume trus masuk bilik, termasuk la ana.Adik demam lagi.So kena tido dgn mama sb x nak tido dgn abg. Aman bila da smpy atas katil...Terus lelap hingga ke pagi.Nak bgun awal g market pun malas.Pospone esok jee.

Thursday, May 14, 2009

Breakfast..

Hari2 wakeup awal...Tapi jarang2 sangat buat someting different.Asik2 roti22222222 .Macam2 ana pelbagaikan resepi yang bahan asasnye roti. Hajat di hati nak buat roti gak esok...Roti jala..Kena bangun awal ...selalu pun awal. Sama jee...So nak kena sediakan bahan mentah malam ni...
Roti jala ni yang suka kat rumah ni...cuma yang suka pakai baju pompuan jee...Ana n kakak. Kalau kakak..buat satu cawan, sume tu dia boleh habiskan sorang. Ana pun bole gak cuma kena control...takut terlebih masuk dalam perut.Nanti nyesal lak...
Kalau husband kuih cara manis.Ana bancuhkan tpung, nanti kakak yang buat kat dapur.Asraff cucur udang, adik cekodok pisang.Jangan sebut depan dia..lala gak dia suh cari pisang. Pas tu kalau dah promise..dia akan ingat selagi mama lum buat. Pantang nampak kedai...Dia akan suruh beli pisang untuk buat kuih dia.
Hari ni ana goreng ikan jee. Tapi malam tadi dia da suruh goreng ayam utk dia.Balik dr sekolah bila dia angkat tudung saji...dia merajuk.Sebab mama x gorengkan ayam. So petang tadi gorengkan la untuk dia sikit.Barula nak makan. Itu pun kena suap baru nak...X ape la ...janji dia makan.