Wednesday, May 19, 2010

Up kan....

Up apa yerr....ni tgh dok pikir2 nak cari consultan utk ubahsuai rumah...

Monday, May 10, 2010

Sudah selesai



Tarikh PKSR 1 2010 telah dianjakkan ke 26,27 may n 1,2,3 june 2010. Nampak gaya x de jalan la cuti ni...Papa pun kena beku...beku cuti....So plan nak balik selatan je la...Itu pun slps siapkan kertas anak murid.Banyak tu....Ada 6 set. Seni....ada 4 kelas. Adab belajar pun ada lagi yang ana belum isi. 

So ana kena siapkan soalan 4 mathematics yr 1. Da selesai.Nak letakkan di bilik kertas peksa jee...

Esok kena bawa ke sekolah. Kali ni x nak la ada silap.Nanti oranggg marahhh.Tapi ada gak yg x terang. Terpaksala ana g buat fotocopy n tampal.Nak buat correction..nanti ckgu yg jaga kelas tu lak berangin . Ana gak yg depa marah...Semua soalan tu ana set n scan gambo.X sangka gambo yang ana scan tu x terang bila direso. Apa nak buat yee...Tapi still nampak.Nampak tapi x la terang sangat. If boleh reso smula, ana reso.Tapi membazir lak kertas. Da la tengah kempen jimat kertas la ni...Layan je la....


Friday, May 7, 2010

Abang nagis gak rupanya...


Minggu lepas, kami ke utara untuk hantar abang ke sekolah baru. Selepas selesai semuanya...Kami pun tinggalkan dia n pulang ke melaka. Sekitar jam 6..handfon berbunyi..Masa tu ade dlm beg benda alah tu...x sempat nak capai, deringan sudah berhenti...Tegok je nombor..04-48....... . Tu nombor utara. Alahmak........frust tul...Mesti abang yang cal...Harap2 dia cal semula. Tunggu2..x gak berbunyi handfon mama or papa...Memang frust sangat sb lambat angkat fon. Lepaa tu, ana hold je la fon supaya bila berbunyi, senang nak jwb.

Dalam kul 11 lebih...abang cal...tapi dia x cakap ape22.Cuma say " hello mama ".....lepas tu x dengar ape2 langsung....Rupa-rupanya dia menagis...x leh nak berkata2. Kesian abang...Mama tinggalkan dia kat sana tu.   Ana cuba pujuk supaya dia bercakap ...Akhirnya dia bercakap juga..."asraff rindu kat mama..." ...Sedih gak bila abang cakap macam tu...Rasanya malam tu, dia mesti x boleh tidur..Ana pun sama..memikirkan dia tu bleh ke x uruskan diri sndri kat situ...Pandai2 dia la yerr.

Hari2 dia cal...Rasanya dia dah boleh uruskan diri kat sana. Cuma dia rasa jauh benou...Memang jauh pun...Semalam cal tanya tentang pertukaran tu...Sibuk betul...If dapat alhamdulillah.....Dekat sikit... If tak, abang sekolah la sampai form 3. ...


Buat malu je....

Al kisah nak jadi cerita. 3 hari sebelum papa balik dari Hulu Selangor, kami makan kat kedai makan yg ada rojak singapore tu..So mama excited nak bawa anak2 makan kat situ tanpa cek dulu anak2 yang nak dibawa. Drive dlm 15 minit, kami pun sampai..

"Mama , adik pakai selipar ni.."..Ana nak marah, ada org kat sekeliling, so terpaksa tebalkan muka je la...Bayangkan adik pakai selipar papa dia...Ana buat2 x nmpak je lps tu..Nak suh tuka, x de lak kasut spare dlm keta. Nasib222.

Ingatkan anak2 ni dah lapar. So oder je la...Bila disuruh makan...jawabnya.." kakak still kenyang.." yang abang pulak..."x nak mkn ayam.." si adik pulak..." banyak sangat lauk .."..Mama makan oder mama n lepas tu cepat2 bayar bil n terus balik. Dlm kereta...apa lagi..bermula si nenek mengomellll...

Macam2.nak buat macamana...Ana yang x tanya mereka lapar or not.Yang lapar masa tu ana kot.  X pe la...hehehehe..


 


Saturday, April 24, 2010

Sayang seorang anak...



Mula2 excited nak pergi..Asraff dapat tawaran 4 the second intake ke MRSM Merbok. Tempat tu near dengan my MIL's hometown. Lebih kurang 30 minit perjalanan. Suami memang suka la if Ashraff terima tawaran tu n hopefully. Ana??? ana ikut anak...if dia x nak ...ana terima sb ana faham beno si Ashraff ni. Nampak je mcm strugle...tapi asik nak  berkepit dengan ana je...Sampai la ni, dia masih lagi  buat perangai mcm budak umur 5 tahun. Akmal yang dah besa tu pun sama. Anak2 mak la katakan.

Dah macam-macam ayat ana guna nak pujuk dia supaya terima.Dia tetap juga menolak. Alasannya....tempat tu jauh...Memang jauh...ana faham kenapa dia kta "jauh".Bila ana berkeras suruh pergi...dia menangis mcm budak kecikkk. Dia memang sayangkan ana. Anak2 semua sayangkan anak...Cuma bila mereka ni kena marah...sb buat sesuatu yg kita x suka...mula la mereka meluat dengan parents...Bila suruh g jauh2 camni..x nak la pulak...Ana masih lagi tunggu panggilan dr papa Asraff. Buat msa ni papa x de. Kja lua.So if papa berjaya pujuk Ashraff...maknanya...bujang kesayangku akan pergi ke sana.Pergilah anak oii....mama rela.Demi cita2. Ana x kisah smada Asraff terima or tak.cuma sedikit keberatan tu ada. Ana mamanya...lagi memahami  dia daripada papanya yang selalu x ada di rumah. Anak lelaki dengan papa x brape ngam.Itu biasa lah.

Thursday, April 15, 2010

Larian Merentas MOZAC




Hari selasa dibatalkan dek kerana hujan. Hujan sekejap benonya..Melaka ni hujannya x leh dijangka.Kekadang ingatkan lama hujan turun...benonuee kejap jee.So pospone hari rabu. Penatla ana n semua kawan2. Masing2 ade tugas sendiri.Cuaca elok hingga ke petang. Ramai juga penyertaan. Kiranya berjaya lah..

Kesian mereka dijemur. Termasuklah anak dara ana. Berjurai2 peluh.Belum pun lari, semua dah kehausan. Kesian mereka. So b4 lari..Mr Jamrus suruh mereka duduk di kantin sk aje lah. Bila dah duk kantin...haru pulaklah dengan kebisingan.Layan aja lah....Janji mereka suka.


Sunday, April 11, 2010

Xtvt hujung minggu

Untuk mengisi masa hujung minggu tanpa papa, kami ke TM.Ana menyiapkan sedikit curtain yang sepatutnya sudah lama dijahit. Biasala...nak kena tunggu mood menjahit. Sedang menjahit, Eja menghantar "pulut n serawa pisang. Sedappppp... Kami pun menyembang smpy..x sedar yang waktu dah tengahari. Selepas Eja balik, ana pun keluar mencari juadah tengahari untuk anak2.

Petangnya , ana menyambung semula xtvt menjahit sambil menunggu Astro man dtg. Janji after lunch.Ni bukan after lunch lggg...da nak masuk waktu hi-tea la plak. Bila Mr Tan dtg, ana suruh dia buat kerja , n ana buat kerja ana semula. X sedar dah petang la plak. Curtain pun dah siap dijahit. Baru nak kemas2, teringat pula selua sk abang mama lum "otter". Nak mengotter la pulak. Abang beli selua baru sb yang lama tu baru pakai 3 bln dah ketat. Badan dia dah naik. Biasala anak bujang bila nak membesar bagai johan. Sambung duduk menjahit hingga kul 7 pm..Rushing mengemas nak balik TTU after maghrib.

Selepas maghrib, kami pun balik ke TTU. Esok my sibling nak dtg...Bawa ubi kayu, jengkol n mee siput.. Yummy....