Sunday, February 19, 2012

Assalamualaikum semua kawan2 blogger. Dah lama sibuk sejak kena wat blog assignment UPSI. Mulai esok bermulalah status active setelah hampir sebulan berhibernasi . Inilah masa2 yg akan membuatkan saya x sempat nak menjengah blog sendiri tapi sempat lagi menjengah 'muka buku' yang menjadi medan berhubung dgn rakan2 UPSI yang lain. Rasanya tahun ni mcm kelamkabut disebabkan si bujang dah stay dengan kami semula. Banyak reason yg membuatkan dia kembali semula ke rumah. Lagi senang nak monitor "alahan" yang dihidapi.
Ditambah pula dengan si adik yang kembali bersekolah agama di Ayer Keroh. Tugas menghantar anak ke sekolah menengah diserahkan kepada  c ayah memandangkan hala perjalanan yg sama. So hanya sorang lagi yang menjadi "baby" di Sk Ayer Keroh.
SPPBS terpaksa dilakukan dengan relanya. Banyak benda yang perlu dibuat memandangkan saya ditugaskan sebagai guru kelas Tahun 1. Dah malas nak wat semua ni....Tapi perlu diterima kerana inilah kerjaku. Saya terima sebagai tanggungjawab dan pengalaman walaupun fobia dengan tahun 1 sebenonya. Minggu pertama dah dpt komplain. Hehehehehe....Mr Bobby kata " biasalah tu..." .
Lepas ni saya kenalah lebih penyayang sebab bulan Mac ni akan dilancarkan konsep guru penyayang. Selama nipun kita dah penyayang...Kalau tak penyayang, dah lama kita biarkan budak2 kat sekolah. Ibubapa serah ke sekolah. Guru serah ke ibubapa...Banyak perkara yang diserahkan kepada golongan guru sebenarnya. ...