Wednesday, March 25, 2009

gaji pekeliling...

hari ni mmg dpt gaji tapi ana bukan nak citer harini dpt gaji.Tapi bab gaji gak la...
Tadi cc bgtau ana x bole dpt pergerakan gaji lagi....bengap gak aku piki....Tapi still x puas hati lg nih.Bbalik rmh ngadap tenet cari le...pekeliling yang menyatakan ttg pergerakan gaji bagi orang mcm ana ni yg g amik ctg.Cuti tanpa gaji la.....Dapat.....tapi baca spluh kali pun stil x reti2222 gak. So utk kengkawan..kalau nak amik cuti jangan lame2....nanti rugi....kawan kite da jauh naik gunung...kite baru nak panjat...kan rugi...
So ana nak sher tentang pekeliling yang ana dapat...

Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji

6. Pegawai dalam CSG atau CTG yang tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar mendapat pergerakan gaji seperti berikut:
(i) jika tarikh pergerakan gaji berada di luar tempoh CSG atau CTG, pegawai mendapat pergerakan gaji secara sebenar. Contoh pergerakan gaji seperti Lampiran B;
(ii) jika tarikh pergerakan gaji berada dalam tempoh CSG atau CTG, pegawai CSG mendapat pergerakan gaji secara sebenar atas kadar separuh gaji, manakala pegawai CTG pula mendapat pergerakan gaji secara isyarat; dan
(iii) pergerakan gaji secara isyarat pegawai CTG di perenggan (ii) di atas tidak diambil kira sebagai tiga kali pergerakan gaji secara isyarat di bawah Sistem Saraan Malaysia kerana CTG pegawai tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar. Contoh pergerakan gaji seperti Lampiran C dan C1.
7. Pegawai yang diluluskan CSG atau CTG melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar diberi pergerakan gaji secara isyarat tidak lebih daripada tiga kali sepanjang tempoh perkhidmatan mulai tahun 2003. Kesan CSG atau CTG kepada pergerakan gaji secara isyarat pegawai ialah pada tahun berikutnya. Kaedahnya adalah seperti berikut:
3
(i) diberi tiga kali pergerakan gaji secara isyarat sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan, sama ada perkhidmatan itu berterusan atau terputus;
(ii) pergerakan gaji secara isyarat yang diterima sebelum tahun 2003 tidak diambil kira sebagai tiga kali pergerakan gaji secara isyarat di bawah Sistem Saraan Malaysia; dan
(iii) pegawai yang CSG atau CTG atas sebab selain daripada yang ditakrifkan dalam perenggan 2 tidak layak mendapat pergerakan gaji secara isyarat.
Contoh pergerakan gaji seperti di Lampiran D, D1 dan D2.

kwn2 baca la smpy faham n pas tu terangkan kat ana supaya ana paham....sebab bila ana kira2...ana baru dpt 2x isyarat jee....so ade la peluang naik gaji...

Tadi clerk baru bgtau...bisp da lulus.Mrk akan bayar mula May.Alhamdulillah.Tambah lagi rezeki.So tambah la lagi kos bajet yang tak sepatutnye...Walaupun skit...tetap duit kan.
8. Pergerakan gaji secara isyarat yang telah diberikan semasa CSG atau CTG akan diselaraskan secara sebenar mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas semula.